
\
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...Disini saya ingin mengongsikan kepada anda tentang apa yang menarik tentang Akademi Permata Insan ini...
PERMATA Insan merupakan sebuah program yang ditubuh khas di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah dari awal usia. Falsafah kewujudannya ialah berorientasikan keilmuan Islam yang berasaskan sumber asal iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Fokus utama dalam program yang dirancangkan di bawah akademi ini adalah pembangunan modal insan di kalangan kanak-kanak berumur lapan (8) tahun yang berkebolehan tinggi atau pintar memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta menghubungkaitkannya dengan sains, teknologi, matematik dan sebagainya serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi melalui kesepaduan ilmu aqli dan naqli. Program Permata Insan merupakan kesinambungan dan perluasan daripada Program Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Y.A. Bhg. Datin Seri Paduka Seri Rosmah Mansor. Program ini juga telah dilancarkan secara rasminya oleh Y.A. Bhg. Datin Seri Paduka sendiri di Universiti Sains Islam (USIM) pada 12 Mac 2010.Dengan tertubuhnya sebuah akademi seperti ini, pastinya dapat membantu dan mempertingkatkan lagi usaha kerajaan untuk memperluaskan pendidikan kepada kanak-kanak dari awal usia dan sekaligus membantu kanak-kanak pintar ini menentukan halatuju masa depan mereka dengan lebih jelas.
Untuk maklumat lebih lanjut,sila layari : permatainsan.usim.edu.my
Sekian,terima kasih.
hebat
ReplyDelete